Pages

Monday, December 13, 2010

Tentang Pusat Latihan Komputer Langkawi


    Langkawi Computer Training Centre adalah milik sepenuhnya oleh syarikat Bumiputra dan  merupakan sebuah syarikat yang khusus menjalankan Pusat Latihan Komputer. Pengkhususan kami adalah memberikan latihan ICT yang terkini dalam  pakej perisian komputer, iaitu  Microsoft Office 2007 untuk pelbagai peringkat umur.
Misi kami adalah memberi 100% komitmen untuk melahirkan pelajar celik  ICT terkini dan berkualiti dengan suasana pembelajaran yang selesa dan komprehensif. Kami berusaha untuk memberikan anda kepelbagaian latihan aplikasi komputer supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan sejajar dengan keperluan dan perkembangan teknologi ICT.
“Our promise to you is that we will make the difference in your computer training”

Pusat Latihan Komputer Langkawi

Langkawi Computer Training Centre terletak di Taman Medan Berjaya bersebelahan dengan Taman Langkawi. Lokasinya yang begitu strategik berdekatan dengan sekolah dan kawasan perumahan.

  Ruang pembelajaran yang eksklusif dan kondusif dilengkapi dengan projektor dan bilik pembelajaran yang berhawa dingin sesuai bagi para pelajar mengikuti kelas komputer dalam keadaan yang selesa dan tidak terganggu..

Para pelajar sedang tekun mengikuti kelas komputer dengan bimbingan tenaga pengajar dari training centre.

























Saturday, December 4, 2010

PAKEJ KHAS UNTUK KAKITANGAN SWASTA & BERKANUN

Langkawi Computer Training Centre menawarkan Pakej Khas khususnya untuk Badan Kerajaan/Berkanun atau Swasta. Pakej khas ini ditawarkan mengikut kehendak organisasi tersebut terutamanya perisian individu tertentu yang digunakan oleh organisasi berkenaan. Pakej ini ditawarkan dalam bentuk kelompok iaitu bagi bilangan tertentu staf yang ingin mengikuti program tersebut. Dalam hal ini organisasi tersebut akan memilih sama ada dijalan secara kumpulan atau secara individu di mana staf berkenaan boleh datang belajar pada bila-bila masa yang sesuai bagi mereka semasa waktu beroperasi. Kesemua kelas ini dikendalikan oleh pensyarah/tutor komputer yang berpengalaman supaya peserta lebih selesa mengikuti kelas tersebut.